Ahad, 5 Jun 2011

:: Sejarah dan kebahagiaan


Sejarah adalah selain asal usul... salasilah... atau peristiwa yang benar2 berlaku pada waktu lampau... kisah... riwayat dll. Itulah tafsirannya.
Sejarah dan pengalaman... mampu memperlihatkan kepada kita... bahawa kemanusiaan akan dipikul... tanpa mengira tahapnya menaik atau menurun. Ini berkaitan pula bahawa sebagai makhluk ciptaanNYA... dan adalah di dalam perancanganNYA... agar kita bertanggungjawab terhadap diri dan manusia lain secara umumnya. Begitulah kita.
Kita saling bergantungan... dan itulah sebabnya kita bukanlah suatu pusat kecerdasan yang berkecuali... yang tidak bergantungan dengan yang lain.
Dengan melihat kepada gelagat kita... dan gelagat manusia lain... sewajarnya kita merenung diri. Merenung fikir akan peranan kita dan tanggungjawab kita. Merenungkan penyatuan segala makhluk... mungkin akan meningkatkan kemanusiaan... menjadikan terbukanya hati... dan meletakkan kemanusiaan... keinsanan di tempat yang sewajarnya.

Persoalannya... apakah dengan melakukan sesuatu yang terbaik kepada diri... dan kita lakukan sebegitu juga kepada manusia lain... kepada insan lain... kita akan menemui suatu kebahagiaan yang tak terucap..?? 


:: Kisah lama

Ini merupakan kisah lama. Kisah berkaitan amalan... kebiasaan... dan tanggapan. Ketika mula2 bertugas di Sarawak dulu... terdapatlah sorang staf yang ucapan2... "alhamdulillah... subhanallah... masyaAllah... bismillah... dll..." sentiasa tak kering dari bibirnya apabila kita berbual bersamanya. Peramah dan ceria adalah sifatnya. Musa namanya.
Terasa sedikit hairan... apabila ucapan salam daripadanya tak pernah dibalas dan disambut oleh rakan lain. Bukan alang2 ucapan salamnya... lengkap... "assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..." apabila bersua dengan kita... tapi seolah2 dibiar berlalu begitu sahaja... walaupun kekadangnya ada yang menjawab balik secara menyoal... "kamu sihat...?"
Walaupun punya tanda nama "MUSA" terpampang di dadanya... rupa2nya beliau bukanlah penganut agama Islam... dan kini masih bertugas sebagai penjawat awam di bahagian tengah negeri Sarawak.
Entri kali ini... berkaitan dengan entri terbaru arsaili... rakan maya kita...

:: Heart attack



Only 1 in 4 know heart attack signs AP - 1 hour, 6 minutes ago

ATLANTA - Only about 1 in 4 Americans know the warning signs of a heart attack, U.S. health officials in Atlanta say.

:: Mengundang penyakit















Kita selalu menghantar kereta ke bengkel... untuk dilakukan pemeriksaan secara berkala. Kita selalu melihat jalanraya diturap semula... apabila berlubang dan berlopak. Bumbung rumah akan diganti... jika berlaku kebocoran. Kasut yang dilanyak sakan... mungkin perlu diganti tapak baru. Bateri kereta perlu diperiksa... jika tidak... mungkin kering kontang paras airnya... tau2 jenuh nak menghidupkan enjin... tak hidup2... akhirnya perlu ditolak atau perlu ditunda ke bengkel. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan awal oleh kita. Begitulah selalunya.

Kekadangnya kita terlupa untuk melihat diri... menjaga kesihatan diri. Kita terbiasa mengambil jalan mudah. Pening dan sakit kepala... kita selesaikan dengan panadol... sedangkan ketumbuhan atau barah yang bersarang di sana. Batuk yang kerap... kita selesaikan dengan syrup batuk... pelbagai jenama dan saiz botol dijual di farmasi atau dari klinik... sedangkan kita telah diserang athma. Sesak ketika bernafas... kita katakan semput... banyak angin... dipermudahkan dengan minuman bercampur halia... sedangkan jantung puncanya. Kita kurangkan meminum air... dibimbangi akan sentiasa ke bilik kecil... rupa2nya mengundang masalah buah pinggang dan batu karang.
Kegemaran makan disertai dengan ikan masin... dan telur asin... memang menyelerakan... malah jika tidak dikawal... bakal makan bertambah nasinya... tambahan pula jika ada kari kepala ikan berkuah pekat dan cukup lemak santannya... wow... tau2 dah kena darah tinggi dan beroleh tahap kolesterol yang tinggi. Ini belum diambil kira bagi yang menggemari makanan laut... sotong... udang... ketam dan kaum keluarga serta suku sakatnya...

Minuman jika cukup manisnya... siap hingga berteko2 dalam sehari semalam... emmm... tak lamalah jawabnya... kencing manispun datang tanpa dipelawa... tambah2nya jika susur galur kita punya sejarah bab "manis2" ini...
Makanan kita jarang berserat... sayur mayur dan ulaman jarang disentuh. Bersenam jarang2 sekali. Makan minum lebih mengikut selera... dan lebih menariknya kita jarang membuat pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh... dan mungkin ada di kalangan kita yang tidak pernah melakukannya... hatta jenis darah sendiri pun tidak diketahui.... dan itulah kita... 

:: Flag wars


FLAG WARS:Temperatures are rising in some places as flag wars among parties reached a frenzied pitch with the general election drawing closer. Yesterday, at Batu 6 in the Kuala Nerus parliamentary constituency, a minor scuffle broke out between Pas supporters and the local authorities after the party flags were removed from the roundabout. The picture shows Pas supporters picking up party flags which were removed from the Batu 6 roundabout by Kuala Terengganu Municipal Council. Read more

Tiada ulasan:

Catat Ulasan